2006/07/03

    008. Aksi-Aksi Gen M2


    2006/06/28

    007. Maklum Balas Sesi Pelita Ilmu


    Sila klik di bahagian Pendapat untuk membaca maklum balas pelajar-pelajar mengenai persembahan kumpulan kamu pada 16 Mac 2006. Cikgu hanya akan memilih beberapa sahaja maklum balas yang diberikan kerana banyak yang serupa.
    Kumpulan kamu juga akan mengetahui pengajaran-pengajaran yang diperolehi peserta-peserta setelah menonton persembahan kamu.

    2006/02/09

    006. Lirik Lagu Rap "Remaja Kini"



    Remaja Kini

    Korus:
    Kiri Dan Kanan
    Berhuru-hara
    Takut Kehilangan Tempat Di Dunia
    Satu Persatu Sedang Mencari
    Hingga Ditimbulkan Kumpulan Sendiri

    Kumpulan Sekarang Ada Gerak-gerinya
    Ada Tempatnya
    Mereka Selalu Ada Members
    Yang Duduk Dan Membuang Masa
    Sambil Menunggu Rakan

    SemuaRemaja Zaman Sekarang
    Tidak Seperti Yang Lama
    Bila Jejak Dalam Spark
    Engkau Lupa Dunia

    Kau Tengok Atas Bawah
    Cari Pasal Pulak Tu
    Bila Nak Gaduh
    Tapi Habuk Pun Tiada

    Oh Minah Tudung Sekarang
    Tidak Ikut Agama
    Keluar Bersama Kawan
    Memakai Semacam Cina
    Bentuk-bentuk Badannya
    HinggaIbu Bapanya Menggeleng Kepalanya
    Oh Minah Bla Bla Bla

    (Korus)

    Budak Yang Dah Melangkah
    Ke Sekolah Menengah
    Perangai Dah Berubah
    Menjadi Kurang Ajar
    Pandai Cabut Sekolah
    Melepak Sini Sana
    Kata Ibu Bapanya
    Semuanya Dah Tak Dengar

    Orang Yang Main Baju
    Dah Berani Bikin Tatu
    Semua Kepala Batu
    Kononnya Garanglah Tu
    Gaduh Pasal Wanita
    Nak Act Hero Pulak Tu
    Cubalah Panggil Polis
    Lari Satu-persatu

    (Korus)

    Pada Orang Yang Dengar
    Jangan Sampai Terasa
    Lagu Ini Digubah
    Cuma Nasihatkan Sahaja


    Penggubah Lagu:-
    Hon Nur Farhanah (4N1)

    Penyanyi:-
    Hon Nur Farhanah (4N1)
    Farhana Saleh(4N1)

    2006/01/27

    005. Mengimbas Kembali Perasaan


    Rosdahliana:
    Saya amat bersyukur dapat bekerja dengan Dayana, Aqilah, Jalilah, Zuliani, Hon dan Farhana. Mereka boleh bekerja sambil bergurau dalam satu masa.
    Walaupun kami kesuntukan masa, kami tetap berjaya menyelesaikan projek kami dengan baik.
    Syabas!!

    Dayana:
    Saya amat terharu serta gembira kerana tanpa diduga Gen-M2 telah menghasilkan satu projek yang menarik! Saya telah merapatkan hubungan saya dan rakan-rakan saya yang lain. Saya cukup bangga dengan persembahan Gen-M2!

    Aqilah:
    Semasa membuat projek ini, saya begitu ghairah kerana pada saya, idea projek ini sungguh menarik. Saya begitu gembira sekali dengan hasil projek ini kerana projek ini paling istimewa bagi saya sebab ahli-ahli kumpulan Gen-M2 sungguh memahami antara satu sama lain.

    Jalilah:
    Saya rasa bersyukur dapat membuat projek-projek ini dengan kawan-kawan saya. Saya rasa projek kami ini memberi satu kejayaan yang memuaskan. Walaupun masa kami untuk menghabiskan projek ini singkat, kami tidak berputus asa dan dapat menghabiskan projek ini. Insyallah, kalau panjang umur, saya mahu membuat projek sebegini bersama mereka lagi.

    004. Sinopsis Projek

    Remaja Kini mengenai seorang remaja, Maria yang liar dan kurangan perhatian daripada ibu bapa.

    Maria selalu melepak, menghisap rokok dan membuang masa tanpa menghiraukan pelajarannya. Ibu bapanya telah berpisah dan ibunya sedang dilamun cinta dengan seorang lelaki. Namun, Maria tidak menerima kelakuan ibunya lalu melarikan diri.

    Apa yang terjadi kepada Maria serta ibunya? Mari kita saksikan video-video di blog kami.

    003. Pemilihan Nama Kumpulan

    Kami memberikan nama kumpulan sebegitu kerana Gen-M2 bermakna Generasi Muda-Mudi dan ianya ada kaitan dengan projek kami.

    002. Anggota Gen M2


    Ketua kumpulan Gen-M2 ialah
    1. Rosdahliana Bte Dahlan dari kelas 4A/2006.

    Ahli-ahli Gen-M2 ialah

    1. Nurdayana Binte Mohd Noor; 4A/ 2006
    2. Nurjalilah Binte Lokman; 4B/ 2006
    3. Nur Aqilah Binte Ibrahim; 4A/ 2006

    2006/01/22

    001. Remaja Kini: Remaja Zaman Ini

    Akhirnya, cikgu berjaya juga untuk memuat-naikkan video-video pelajar untuk tatapan umum. Semoga terhibur dan memperoleh manfaat daripada video-video pelajar-pelajar cikgu. Walaupun lewat sedikit untuk memuat-naikkan video ini, diharapkan usaha-usaha mereka ini dihargai.