007. Maklum Balas Sesi Pelita Ilmu

Sila klik di bahagian Pendapat untuk membaca maklum balas pelajar-pelajar mengenai persembahan kumpulan kamu pada 16 Mac 2006. Cikgu hanya akan memilih beberapa sahaja maklum balas yang diberikan kerana banyak yang serupa.
Kumpulan kamu juga akan mengetahui pengajaran-pengajaran yang diperolehi peserta-peserta setelah menonton persembahan kamu.
15 Comments:
Pengajaran yang saya perolehi ialah jangan melawan percakapan orang tua.
Saya mendapati bahawa remaja semakin biadap dengan orang tua mereka, sensitif gitu...
Mereka tidak boleh kena tegur kerana mereka fikir mereka sudah dewasa dan terlalu besar untuk mendengar nasihat orang tua.
Salah siapa sebenarnya?
Persembahan Gen M2 ialah mengenai samseng remaja. Video yang ditunjukkan walaupun kurang jelas, amat menarik kerana ada lagu dan lirik yang hebat.
Video-videonya hebat-hebat dan kelakar dan lakonannya seperti betul terjadi. Dialognya hidup dan nampak "fierce".
Usaha yang diberikan jelas kelihatan kerana terdapat banyak klip-klip video.
Penyampaian ahli kumpulan semasa persembahan juga kuat dan jelas tetapi tidak seharusnya marah atau menengking peserta.
Secara keseluruhan "excellent work"!
Remaja-remaja yang dipaparkan biadap terhadap ibu bapa mereka. Mereka memakai pakaian yang tidak sopan dan merosakkan anggota badan mereka. Mereka sepatutnya mendengar nasihat yang telah diberi oleh ibu bapa.
Saya pelajari bahawa kita harus mendengar nasihat ibu bapa dan jangan senang terpengaruh dengan kawan-kawan.
Saya mempelajari untuk mendengar cakap ibu bapa dan menghormati mereka.
Saya pelajari bahawa kita harus faham akan kehendak ibu supaya ibu juga dapat memahami diri kita.
Kita juga harus banyak bersabar jika ibu selalu memarahi kita. Ini menandakan mereka menyayangi kita.
Saya pelajari bahawa saya harus saling menghormati ibu tetapi ibu juga harus memamhami perasaan anaknya.
Saya juga pelajari bahawa kita tidak harus duduk serumah dengan teman istimewa jikalau lari rumah.
Saya pelajari jangan takut hendak meluahkan perasaan jikalau ada masalah serta jangan cari kemarahan orang lain.
Jangan jadi kurang sopan dengan ibu bapa kerana mereka yang melahirkan kita ke dunia.
Kita juga sepatutnya pergi berjumpa kaunselor kalau ada masalah peribadi.
Saya telah mempelajari bahawa tidak ada perkara yang harus ditakutkan atau dimalukan sekiranya mendapatkan nasihat dari para kaunselor.
Kita harus pandai memilih kawan.
Jangan menyalahkan ibu bapa sahaja di atas perubahan diri kita.
Kita juga harus fikir masak-masak sebelum membuat sesuatu perkara.
Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.
Remaja harus terbuka untuk menerima nasihat dan jangan lupa tanggung jawab.
Remaja harus percaya pada diri sendiri.
Pengajaran-pengajaran yang saya perolehi ialah supaya tidak terpengaruh dengan kawan, ibu bapa memarahi kita kerana mereka sayangkan kita. Remaja tidak harus terlalu emosi dan jangan buat kerja yang tidak berfaedah.
Post a Comment
<< Home