001. Remaja Kini: Remaja Zaman Ini
Akhirnya, cikgu berjaya juga untuk memuat-naikkan video-video pelajar untuk tatapan umum. Semoga terhibur dan memperoleh manfaat daripada video-video pelajar-pelajar cikgu. Walaupun lewat sedikit untuk memuat-naikkan video ini, diharapkan usaha-usaha mereka ini dihargai.
3 Comments:
Ketua kumpulan Gen-M2 ialah Rosdahliana Bte Dahlan dari kelas 4A. Ahli-ahli Gen-M2 ialah Nurdayana Binte Mohd Noor;4A, Nurjalilah Binte Lokman;4B, Nur Aqilah Binte Ibrahim;4A.
Kami memberikan nama kumpulan sebegitu kerana Gen-M2 bermakna Generasi Muda-mudi dan ada kaitan dengan projek kami.
Remaja Kini mengenai seorang remaja, Maria yang liar dan kekurangan perhatian daripada ibu bapa. Maria selalu melepak, menghisap rokok dan membuang masa tanpa menghiraukan pelajarannya. Ibu bapanya telah berpisah dan ibunya sedang dilamun cinta dengan seorang lelaki. Namun, Maria tidak menerima kelakuan ibunya lalu melarikan diri. Apa yang terjadi kepada Maria serta ibunya? Mari kita saksikan video-video di blog kami.
Maklum Balas Projek
Rosdahliana: Saya amat bersyukur dapat bekerja dengan Dayana, Aqilah, Jalilah, Zuliani, Hon dan Farhana. Mereka boleh bekerja sambil bergurau dalam satu masa. Walaupun kami kesuntukan masa, kami tetap berjaya menyelesaikan projek kami dengan baik. Syabas!!
Dayana: Saya amat terharu serta gembira kerana tanpa diduga Gen-M2 telah menghasilkan satu projek yang menarik! Saya telah merapatkan hubungan saya dan rakan-rakan saya yang lain. Saya cukup bangga dengan persembahan Gen-M2!
Aqilah: Semasa membuat projek ini, saya begitu ghairah kerana pada saya, idea projek ini sungguh menarik. Saya begitu gembira sekali dengan hasil projek ini kerana projek ini paling istimewa bagi saya sebab ahli-ahli kumpulan Gen-M2 sungguh memahami antara satu sama lain.
Jalilah: Saya rasa bersyukur dapat membuat projek-projek ini dengan kawan-kawan saya. Saya rasa projek kami ini memberi satu kejayaan yang memuaskan. Walaupun masa kami untuk menghabiskan projek ini singkat,kami tidak berputus asa dan dapat menghabiskan projek ini. Insyallah, kalau panjang umur,saya mahu membuat projek sebegini bersama mereka.
Remaja Kini
Korus:
Kiri Dan Kanan
Berhuru-hara
Takut Kehilangan Tempat Di Dunia
Satu Persatu Sedang Mencari
Hingga Ditimbulkan
Kumpulan Sendiri
Kumpulan Sekarang
Ada Gerak-geriknya
Ada Tempatnya
Mereka Selalu Ada
Members Berduduk
Dan Membuang Masa
Sambil Menunggu Rakan Semua
Remaja Zaman Sekarang
Tidak Seperti Yang Lama
Bila Jejak Dalam Spark
Engkau Lupa Dunia
Kau Tengok Atas Bawah
Cari Pasal Pulak Tu
Bila Nak Gaduh Tapi Habuk Pun Tiada
Oh Minah Tudung Sekarang
Tidak Ikut Agama
Keluar Bersama Kawan
Memakai Semacam Cina
Bentuk-bentuk Badannya Hingga
Ibu Bapanya Menggeleng Kepalanya
Oh Minah Bla Bla Bla
(Korus)
Budak Yang Dah Melangkah
Ke Sekolah Menengah
Perangai Dah Berubah
Menjadi Kurang Ajar
Pandai Cabut Sekolah
Melepak Sini Sana
Kata Ibu Bapanya Semuanya Dah Tak Dengar
Orang Yang Main Baju
Dah Berani Bikin Tatu
Semua Kepala Batu
Kononnya Garanglah Tu
Gaduh Pasal Wanita
Nak Act Hero Pulak Tu
Cubalah Panggil Polis
Lari Satu-persatu
(Korus)
Pada Orang Yang Dengar
Jangan Sampai Terasa
Lagu Ini Digubah
Cuma Nasihatkan Sahaja
Pengubah Lagu:
- Hon Nur Farhanah (4N1)
Penyanyi:
- Hon Nur Farhanah (4N1)
- Farhana Saleh(4N1)
Post a Comment
<< Home